Halaman

Pahang ku

Titik Bukan Noktah

Tuesday, February 17, 2009

Sepanjang hayat 14


Ungkapan orang dahulu mengatakan bahawa: Kalau nak makan datanglah ke Kelantan. Kalau nak tidur datanglah ke Pahang. Kalau nak mati pergilah ke Melaka.

Justeru, kalau nak tidur datanglah ke Pahang, tidurlah dimana mana, di Masjid, di Surau tak siapa nak ganggu. Selamat punya. Daripada ungkapan ini menjadi satu rialiti bahawa terlalu banyak orang luar, orang dari negeri lain yg berhijrah ke Pahang. Jangan kiralah yg di Felda tu. Orang orang dari Kelantan terlalu ramai di Pahang. Mereka datang atas dasar selamat, tiada siapa nak ganggu. Jadi mereka datang boleh teroka tanah, teroka tanah haram di merata rata tempat. Orang Pahang tak ganggu, tak marah. Kerajaan Negeri Pahang sokong, galakkan lagi ada. Sehinggakan orang tempatan, anak Pahang sendiri susah dapat tanah. Kalau temuduga, macam macam pertanyaan diajukan, tak betul jawab, sampailah surat " Permhonan tuan ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri" tanpa alasan.

Orang Pahang tidak terpengaruh dengan orang luar termasuk Kelantan. Orang Kelantan datang ke Pahang, mula mula mereka cari kenalan dulu untuk masuk jarum atau bagi umpan. Apabila sudah mengena, mereka panggil lagi puak mereka hingga ramailah jadinya. Bila sudah ramai mereka buka komuniti sendiri, dengan adat resamnya, loghat bahasanya, cara pakaiannya, semotarnya dll termasuk partinya bulan di awan hijau. Di Merapoh, kampung orang Kelantan di Teluk Gunong dan kg Berhamah. Orang Merapoh tidak ikut slang Kelantan. Di Raub, kampung Jelu dekat Hulu Dong. Di Jerantut, kg.Sempadan, Batu Balai dll. Disitu kalau kita pergi, kita seolah olah berada di negeri Kelantan.

Tak apalah, Negeri Pahang masih luas. Daripada kita gadai dan jual tanah pada orang china dari Singapura, baiklah orang kita juga. Sedangkan orang Indon, Banggala, Siam pun yang datang kita diam aje, tak marahpun, sekadar merungut...

SELINGAN:

Ada tamu blog saya yang bertanya tentang, Empang Jaleh, Kg.Suak, Hulu Teris dan kg. Tempoyang. Kampung Suak sebenarnya tinggal nama sahaja. Sebelum PLB (Pembanguna Luar Bandar atau Peluang Luar Biasa) menjadi pesat, Kg. Hulu Teris itu adalah sebuah kampung yang paling jauh dan amat sukar didatangi. Perhubungan mereka ke Bandar Lipis, kini lebih kurang 10 ke 15 KM sahaja, terpaksa menapak ke Sg.Telang untuk berperahu hilir sungai, atau menapak terus ke stesen k,api Padang Tengku sejauh lebih kurang 10 ke 15 km pula. Jadi tidak hairanlah kg.Suak itu dibuka untuk pelarian zaman Jepun. Pada satu ketika Empang Jaleh pecah, airnya melimpah menenggelamkan teratak teratak orang berhampiran kg Hulu Teris dan kg.Suak. Lalu kg Suak ditinggalkan. Tanah tanah yang masih bertitlekan AP (Approved Application) tidak disambung oleh waris warisnya kalaupun masih ada.

Kampung Tempoyang adalah sebuah kampung yg paling hampir dengan bandar. Dekatnya samalah seperti kampung Ketari di Bentong, kampung Bkt.Sekilau dan Darat Makbar di Kuantan, kampung Mat Kilau di Jerantut, kampung Sempalit di Raub atau Kg.Baru di Kuala Lumpur. Masa atau tarikh kewujudannya lebih kurang sama. Semua kampung kampung ini sudah pesat maju membangun dan penduduknya bertambah ramai, tidak seperti Kg.Tempoyang, seperti melukut ditepi gantang. Rumah orang kampung asal masih seperti asalnya. Purata tak sampai 30 buah. Mujurlah ada Taman Permai ( rumah saya) Taman Sri Tempoyang - rumah kos rendah sebagai ganti Flat yg terpaksa dirobohkan, Maktab Guru, Sek.Men. dan Rendah Sri Tempoyang yang baru didirikan setahun dua ini. Kalau tidak Tempoyang adalah kampung tradisional yg dipinggirkan. Jadi asal usul Tempoyang saya tidak fasih, tak minat orang mengkajinya. Walau bagaimanapun, janganlah dihairankan, kerana Lipis adalah sebuah daerah di Negeri Pahang ini yg terakhir mendapat perhatian Kerajaan untuk dibangunkan berbanding dengan daerah daerah lain.

Sementara itu loghat atau slang bahasa di Lipis agak unik. Slang diantara satu kampung dgn.kampung lain sekalipun berhampiran masih tidak sama. Jadi bagaimanakah mereka mesti terpengarauh dgn slang Kelantan, sedangkan slang orang Lipis sendiri tidak standardize.

Hashim Zabidi at 6:51 AM

http://titikbukannoktah.blogspot.co.id/2009/02/sepanjang-hayat-14.html?m=1

Borang survey
(note: khusus untuk anak jati)
Post a Comment